Dia Sam Harris...
Dia berkacamata. Layak dipanggil budak berwajah 'geek'. Nampak pintar, senyuman menawan, dan ramah tamah. Dialah Sam Harris, yang memberi bahagia kala semusim aku di situ.
Bertemunya tidak lama. Hanya untuk 2 minggu. Namun cukup membuatkan aku jatuh hati. Cukup untuk membuat aku terkenangkannya sepanjang hayat. Itupun jika tidak dibunuh neuron-neuron dalam serebrum aku ini. Tentu, ingatan tentang Sam Harris inilah yang aku bawa pulang, sebagai ukiran kenang-kenangan dalam kanvas silamku.
Namun bukan wajahnya yang putih berhias 'freckle' itu yang membuat aku jatuh hati. Bukan juga matanya yang biru itu. Juga bukan rambutnya yang perang, yang lurus disisir rapi itu. Pasti juga bukan bibir merahnya yang tak pernah jemu mengukir senyum menghias hari-hariku bersamanya. Sungguh, bukan itu semua. Tapi seolah ada suatu tarikan untuk aku terus mendampinginya. Dan terus dan terus lagi dan lagi mendampinginya. Seolah tidak pernah puas aku mendampinginya. Mungkin kerana tahap kebijakannya...
Ya, tahap kebijakan. Kerana dia pelajar yang kurang bijak. Itulah dia. Dia tak pernah mampu menjawab soalan matematik dengan mudah, walau hanya kira-kira biasa. Dia memang tidak sebijak yang lain. Tapi, dia berbeza. Kerana dia tak pernah malu bertanya. Tak pernah sesal tersilap. Tak pernah gagal berusaha, walau gagal meraih jawapannya. Sungguh, dia adalah kanak-kanak yang berbeza!
Dan, perkara yang membuat aku tak pernah mampu melupakannya adalah kerana aku telah mengajarkannya beberapa formula matematik, yang telah memudahkan dia mengira!!! Ah, terharu sekali aku bila dia tak sudah-sudah menceritakan pada kawan dan gurunya tentang bantuan yang aku berikan. Tak jemu-jemu ingin berkongsi ilmu yang diperolehi. Ah, Rindunya mendengar celoteh dia!
Andai diberi peluang untuk kembali, aku pasti kembali ke old priory junior itu. Di situlah aku belajar erti 'guru', dan di situ juga aku belajar erti 'menyampaikan' yang sebenar. Terima kasih Tuhanku!

9 Comments:
At Tue Mar 07, 10:12:00 AM,
Unknown said…
peh peh peh.
bleh amik minor maths nih.
alhamdulillah.
saya cemburu kerana anda terlebih dulu rasa kemanisan kajayaan mendidik.
huhu.
tu baru soranG pelajar.
bayanGkan bila satu kelas dapat A dalam matapelajaran yanG kita ajari.
*kembanG kempis
kembanG kempis*
"oh teacher..!! ajari aku tuk jadi pria terhebat.." kata anak murid itu.
hihihi.
At Tue Mar 07, 12:03:00 PM,
Sufi is me said…
kembang kempis?
abes kalau mengembang cam beskot, tapi tak kempis2 nnt camana plaks? hehehe
At Tue Mar 07, 12:10:00 PM,
Unknown said…
jawapan kepada teka teki itu:
apa yanG kembanG cam biskut tapi tak kempis-kempis?
a) bisul
b) ciken pops
c) zits a.k.a acne.
sila jawab berdasarkan penGalaman memasinG.
miahaha.
At Tue Mar 07, 12:55:00 PM,
~HiMaWaRi~ said…
Sam Harris??
ehh..cam kebetulan lak..
dlm kelas yg aku join dolu-->
'Sam Hibbit'..
*hehe*
Aku rase kan,kepuasan akan lahir bile bebudak yg kite ngajo tu menghargai ape yg dia dapat and meng'apply'nye sebaik mungkin.
Tak kisah la tahap kebijakan tuh,sebab masing2 ade level kecerdikan yg tersendiri.
Yang mahal tuh-->bab mesra-alam nih
hoho..balik M'sia,aku nak wat kempen 'senyum ala colgate' kat skool yg aku kena ngajo..
*teringat ceghite manisnye epal karya Faisal Tehrani mase SPM*
At Tue Mar 07, 01:16:00 PM,
Sufi is me said…
leli: hampesh tOl.. tu kene ajax mcWu kontribute pengalaman sewaktu kejatuhan empayar kerusinya tuh...
huhuhu.. n mcwu, welkam to the klab!
At Tue Mar 07, 01:20:00 PM,
Sufi is me said…
parah: uhuk.. moga2 aku jumpe anak2 mured yg cam sam harris lagik di masa akan datang. barulah bersemangat-waja-terus-berusaha untuk dtg ke sokola n mengajau..
ini zaman skang.. budak blasah cegu la... budak bako umah cegu la... budak buat hubungan sulit ngan cegu arr.. [err..]
hmm anak-anak mesia dah rosak. sebab ada seketul darah yg dalam badannye tak dididik dgn baek. huh.. aku akan kembali bukan untuk mengajar bahasa inggeris, tapi aku akan kembali untuk mendidik pelajar supaya menjadi manusia yg mentaati Allah!!! gambareyOk!!!!!! kitelah cegu cikgi gokusen! fighto-owhhhh...
At Sun Dec 31, 05:48:00 PM,
Anonymous said…
to teach is to touch one's life.. mm.. :D
At Mon Feb 05, 12:11:00 PM,
Anonymous said…
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »
At Thu Apr 26, 12:55:00 PM,
Anonymous said…
Very cool design! Useful information. Go on! » »
Post a Comment
<< Home